Berita

642 Rakyat Malaysia Setuju Hantar Warga Indonesia Pulang

Hasrat terakhir seorang warga Indonesia yang mengidap kanser tahap 4 ingin pulang ke kampung halaman telah mandapat perhatian aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang), baru-baru ini.

Wanita berkenaan berusia 37 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 8 tahun kini menanggung penyakit kanser dia penyakit kanser yang semakin merebak.

Dia maklumkan ingin pulang menaiki bot dan perlu membayar kompaun RM500 serta perlu mengambil ujian Covid-19.

Pihak hospital juga telah mengeluarkan surat pengesahan bahawa mengidap penyakit kanser tahap 4.

Wanita berkenaan ingin menghembuskan nafas terakhirnya di kampung halaman dan berhasrat untuk bertemu dengan ibunya sebelum dijemput Tuhan.

Dia bekerja sebagai pekerja pembersihan manakala suami pula pekerja kontrak kini hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia bagi mengekang wabak Covid-19.

Uncle Kentang kemudiannya membuat undian di facebook miliknya untuk melihat berapa ramai yang sokong wanita tersebut untuk diberikan bantuan.

Hampir 1 jam sebanyak 642 undian dari rakyat Malaysia membenarkan Uncle Kentang menggunakan wang dari dana untuk menghantar wanita Indonesia berkenaan untuk pulang.

Uncle Kentang akan memberikan wang tunai bagi urusan wanita berkenaan untuk pulang ke pangkuan ibunya di Indonesia.

Mak… tunggu ye… kita hantar anak mu balik… beliau mendahagakan usapan terakhir mu mak…”, ujar Uncle Kentang di dalam facebooknya.

Dalam pada itu, Uncle Kentang turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak Malaysia yang memberikan sepenuhnya sokongan untuk menghantar wanita tersebut pulang buat kali terakhir dan kosnya ditanggung oleh pihak kita.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button