Berita

Uncle Kentang Lancar Ambulans Covid19

Bagi meringankan beban petugas barisan hadapan menghadapi kes Covid19, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang telah melancarkan ambulans khas Covid19 di hadapan pejabat urusan Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, semalam.

Ambulans khas ini bertujuan membawa pesakit Covid19 ke hospital dengan lebih cepat kerana ambulans hospital sedia ada cukup sibuk dan perlu respons kepada kes-kes utama seperti kemalangan dan kecemasan lain.

“Ini adalah inisiatif kita sebagai rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban petugas barisan hadapan dengan mewujudkan sebuah kenderaan bagi membawa pesakit Covid19.

“Saya melihat inilah masa dan peluang terbaik ambulans khas Covid19 beroperasi agar memudahkan urusan pesakit positif dibawa ke hospital secepat mungkin bagi menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Ambulans khas Covid19 ini bermula di Lembah Klang dan beroperasi selama 24 jam dengan kekuatan tenaga 5 anggota yang bertugas setiap hari.

Menurut Uncle Kentang, operasi ambulans khas ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan sehingga seluruh negeri Selangor.

Sekiranya anda memerlukan khidmat ambulans Covid19 sila hubungi 03 8065 6664.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button