Berita

500 Rider Penghantar Makanan Bersyukur Terima Bantuan Dari Uncle Kentang

Seramai 500 rider penghantar makanan di Puchong dan sekitar, menarik nafas lega dan bersyukur setelah menerima bantuan makanan, baru-baru ini.

Program agihan ini merupakan salah satu inisiatif oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bertujuan meringankan beban para rider penghantar makanan yang juga turut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata-rata penerima yang hadir bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerana ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban perbelanjaan bagi membeli barangan keperluan makanan.

Mereka juga turut bergembira kerana Uncle Kentang turut menghargai rider dengan memberikan bantuan makanan dan berharap agar program sebegini diteruskan di masa akan datang.

Uncle Kentang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang bagi menjayakan program bantuan tersebut.

Agihan yang berlangsung jam 9.00 pagi itu berakhir sekitar jam 5.00 petang.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button