Berita

Fadzil Rayu Kos Bantuan Pembedahan Mata

Kehilangan penglihatan sejak awal januari lalu, merupakan satu ujian besar bagi seorang peniaga, Fadzil Hashim bagi menyara keluarganya setelah tidak mampu mencari nafkah seperti biasa.

Kesempitan hidupnya bermula setelah perniagaannya tidak dapat beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan sejak tahun lalu.

Menurut Fadzil, kos pembedahan kedua belah matanya menelan belanja sebanyak RM50,000 namun, dia memilih untuk melakukan pembedahan mata kirinya dahulu kerana kos pembedahan hanya sekitar RM7,000 sahaja.

Bapa kepada dua orang anak ini berharap agar dapat menjalani pembedahan segera kerana peluang untuk dia melihat semua adalah tinggi.

Oleh demikian, Fadzil mencuba nasib dengan memohon bantuan daripada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) bagi membiayai kos pembedahan matanya.

Ujar Fadzil, dalam simpanannya masih ada 3,000 dan memerlukan sekitar RM4,000 sahaja daripada Uncle Kentang.

Permohonan Fadzil telah mendapat perhatian dari Uncle Kentang, manakala jumlah wang sebanyak RM4,000 tersebut akan terus disalur menerusi akaun bank dengan menggunakan dana Mah Jie Yau Nan Tung.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button