Automotif

Santa Cruz 2022, Pickup Terbaharu Hyundai

Tidak sukar untuk melihat persamaan di antara Santa Cruz dengan crossover Hyundai Tucson. Walaupun nampak macam sama tetapi bahagian hadapannya ada perbezaan. Berbanding Tucson baharu, Santa Cruz ini mempunyai wheelbase 9.8 lebih panjang.

Menurut Hyundai, pikap trak ini mempunyai gaya yang berani tetapi anggun, berkuasa dengan pilihan powertrain yang cekap. Sesuai dipandu di kawasan urban mahupun di jalan lasak yang lebih mencabar. Santa Cruz empat pintu ini adalah kombinasi terbaik antara pikap dan juga crossover.

Berbanding beberapa model lain seperti Nissan Frontier, Toyota Tacoma dan Honda Ridgeline, Santa Cruz lebih pendek dan memudahkan ia bergerak dan tiada masalah parkir khususnya di kawasan bandar. Bagi memastikan barang-barang selamat semasa di banda, Santa Cruz didatangkan dengan penutup tonneau berkunci juga stor kiub tersembunyi.

Santa Cruz ini boleh didapati dengan dua enjin 2.5-liter engines, 190+ hp dan tork 180+ lb-ft unit natural aspirated dan satu turbocharged dengan 275+ hp dan tork 310+ lb-ft. Enjin natural aspirated ini dipadankan pula dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Manakala enjin turbocharge dipadankan dengan transmisi dua klac dengan pedal wheel-mounted shift.

Walaupun berasaskan sebuah binaan FWD, Santa Cruz ini turut didapati dengan HTRAC all-wheel-drive. Menurut Hyundai, sistem Santa Cruz ini boleh membahagikan tork lebih bebas kepada roda belakang untuk pemanduan RWD lebih sporty.

Selain itu, Hyundai juga menegaskan Santa Cruz ini adalah SUV dan bukannya pikap unibody dengan jumlah kemampuan penundaan yang baik. Santa Cruz natural aspirated ini boleh menunda sehingga 3,500lb dan model Turbo AWD pula boleh menunda sehingga 5,000 lb.

Santa Cruz 2022 dijangka berada di pasaran pada musim panas ini dan tempahan bakal dibuka hujung bulan nanti.

Sumber
Sumber Berita : CarscoopsGambar Kredit : autonxt.net
Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button