Berita

Uncle Kentang Beri RM400k Lagi Sumbangan Rakyat Malaysia Kepada Mangsa Kebakaran

Sebanyak RM400k sumbangan berupa cek telah diserahkan kepada JKKK Kampung Baru Karak oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) kepada mangsa kebakaran di Kampung Baru, Karak, Pahang, hari ini.

Sumbangan pertama sebanyak RM500k oleh rakyat Malaysia telah disalurkan pada 5 Oktober lalu kepada JKKK Kampung Baru Karak.

Rata-rata penduduk berasa gembira dengan sumbangan tersebut kerana sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban bagi membina semula kediaman mereka akibat insiden kebakaran baru-baru ini.

Kempen kutipan derma bagi membantu mangsa kebakaran ini masih berjalan di www.kentangfund.com dengan sasaran kutipan sebanyak RM1 juta.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button