Berita

Bomba Sukarela Taman Sri Serdang Terima Jentera Baharu Dari Rakyat Malaysia

Pasukan Bomba Sukarela Taman Sri Serdang (PBSTSD) kini dapat melaksanakan tugas memadam kebakaran dan menyelamat mangsa kemalangan dengan lebih cekap apabila telah menerima sebuah jentera hasil kutipan dana bersama aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) melalui platform www.kentangfund.com.

Majlis perasmian jentera Pasukan Bomba Sukarela Taman Sri Serdang telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Serdang, A.A Anbalagan, Pengarah Urusan Continental Top Products and Engineering Sdn Bhd, Dato’ Dr. Henry Yen Yuan Choy, Pengerusi Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Chee Heng dan Pengerusi Pertubuhan Bomba Sukarela Taman Sri Serdang, Jacky Yeong Bao Foong.

Pada majlis tersebut, Norazam memuji keberanian dan semangat anak muda PBSTSD yang terdiri dari pelbagai bangsa kerana sentiasa sampai awal ke lokasi sama ada kebakaran atau kemalangan.

“Walaupun mereka hanya sukarelawan yang tidak dibayar sebarang elaun, mereka tetap bertungkus lumus seperti anggota bomba sepenuh masa, membantu ketika bencana.

“PBSTSD sentiasa diberi perhatian serta latihan agar lebih mantap bagi mengendalikan sesuatu kes kecemasan.” Katanya ketika berucap.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button