Berita
Netizen Sebak Dengar Ucapan Hari Lahir Manja Kepada Uncle Kentang

Ramai pengikut-pengikut dan peminat aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya pada 16 February yang lalu.
Namun, ucapan hari lahir anak angkat Uncle Kentang yang dikenali sebagai Manja lebih menyentuh perasaan netizen apabila rata-rata pengguna laman sosial Facebook meluahkan rasa hiba dan terharu dengan video tersebut.
Video berdurasi 1.23 minit itu memaparkan gambar-gambar ketika Manja masih kecil sehinggalah dewasa dengan berlatar belakangkan suara ucapan oleh Manja sendiri.
Panggilan mesra ayah kepada Uncle Kentang membuktikan bahawa Manja sangat menyayangi Uncle Kentang seperti ayahnya sendiri.