Berita

Ambulans RM1 Untuk Penduduk Semenyih

Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) dengan kerjasama Pertubuhan Doktor Prihatin (PDP) telah melancarkan perkhidmatan ambulans RM1 di hadapan klinik Mediviron, Semenyih, baru-baru ini.

Ambulans tersebut merupakan sumbangan orang ramai dan kini bersedia menjalankan tugas membantu golongan kurang berkemampuan bagi memenuhi temujanji serta rawatan di hospital.

Menurut aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang berkata, mana-mana pesakit yang ingin pulang dari hospital ke rumah atau pindah dari hospital ke hospital lain juga boleh menggunakan perkhidmatan ambulans tersebut.

“Saya berterima kasih dengan Pertubuhan Doktor Prihatin kerana menyuarakan hasrat bagi memiliki ambulans di Semenyih kerana ingin membantu pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan di sini.

“Semasa perbincangan bersama PDP, saya terus bersetuju untuk mendermakan ambulans kepada mereka kerana perkhidmatan ambulans amat penting bagi pesakit mendapatkan rawatan dan temujanji di hospital tanpa gagal.” katanya ketika berucap.

Menurut Uncle Kentang, ramai pesakit terpaksa membatalkan temujanji kerana tidak mampu mendapatkan perkhidmatan ambulans terutama mereka yang sakit terlantar.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans secara percuma di Semenyih dan sekitar sila hubungi 03 8065 6666.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button