Berita
Team Uncle Kentang Siap Sedia Hadapi Banjir Di Puchong

Hujan lebat yang berlanjutan di Lembah Klang telah mengakibatkan beberapa kawasan telah mula dinaiki air terutama di Puchong.
Oleh demikian aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang, beliau dan team telah membuat persediaan bagi menghadapi banjir kali kedua di sini.
Uncle Kentang sejak semalam telah membuat rondaan di Taman Puchong Mas dan Kampung Tengah bersama Bomba Sukarelawan Taman Sri Serdang turut membawa 2 buah bot di kawasan berkenaan.
Sekitar jam 8 malam, beberapa kediaman telah mula dimasuki air dan kembali surut selepas 1 jam kemudian.
Namun begitu, Uncle Kentang mengingatkan penduduk agar berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini dari pihak berwajib.



