5 Kedai Makan “Best” di Puchong Untuk Foodie
Kadangkala pening juga kepala admin memikirkan tempat makan sedap kat Selangor ni terutama bila kena travel ke Puchong atas urusan kerja. Hari ini admin akan senaraikan 5 kedai makan sedap di Puchong jadi tak perlu lagi bergaduh dengan pasangan fikir lokasi makanan.
1) Restoran Chef Gemok
Baik inilah dia kedai makan yang ada pelbagai menu. Menu yang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan sudah semestinya “King Crab”. Selalu tengok dalam tv je kan orang makan King Crab, kali ini anda berpeluang menikmati sendiri makan ketam besar penuh meja. King Crab ni boleh dibuat pelbagai jenis masakan seperti masak lemak, sup dan sebagainya mengikut selera anda.
Tapi kalau anda nak makan makanan lain pun ada pelbagai menu yang ditawarkan. Anda boleh cuba daging masak lemak, sotong negro, ayam goreng gepuk, lobster, siakap dan lain-lain lagi. Tapi, kalau anda rasa malas nak pergi anda boleh pesan melalui aplikasi Food Panda.
Jangan tak tahu, restoran Chef Gemok juga menjalinkan kerjasama dengan Uncle Kentang bagi menyediakan makanan percuma kepada golongan asnaf di Puchong.
Alamat: 48, Jalan BP 6/9, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor,
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 A.M – 9 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0380624205
2) Warung Cikgu
Kedai makan ini memang sentiasa penuh terutama sekali pada waktu puncak iaitu waktu makan tengahari. Menyajikan masakan Melayu dengan rasa asli dan harga yang murah. Makanan yang terkenal di Warung Cikgu ialah Nasi Kukus. Tetapi, anda harus bersabar kerana barisan beratur untuk memesan Nasi Kukus memang panjang.
Selain Nasi Kukus, Warung Cikgu juga ada menjual hidangan lain seperti Nasi Kak Wok dan Nasi Memanggey. Agak susah nak sebut Nasi Memanggey tu tapi rasanya memang tak mengecewakan. Pelanggan sentiasa memberi makluman positif untuk 3 menu utama ini. Siap ada yang bungkus untuk makan pada waktu malam pula.
Alamat: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8 A.M – 10 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0169736579
3) Resipi Atok Cafe
Bila dengar nama Resipi Atok Cafe pasti anda terbayang restoran ini menyajikan masakan melayu. Tekaan anda salah! Resipi Atok Cafe sebenarnya menyajikan masakan barat. Kalau nak berubah selera makan boleh cuba datang ke sini. Mereka ada menyediakan menu Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Chop dan banyak lagi.
Menu yang menjadi pilihan di sini ialah kambing bakar mereka. Rata-rata pelanggan memberi makluman positif bahawa daging yang dihidangkan tidak berbau hamis. Anda juga boleh memesan bebola daging yang bersaiz besar di sini. Jika anda inginkan makanan barat untuk parti anda boleh membuat tempahan di Resipi Atok Cafe.
Alamat: Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (6:30 P.M – 11:30 P.M); Sabtu (6:30 P.M – 12 A.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0132075516
4) Restoran Patin Place
Bagi penggemar ikan patin anda tak perlu pergi jauh-jauh ke Temerloh kerana Restoran Patin Palace menyajikan pelbagai jenis masakan berasaskan ikan patin. Yang paling terkenal sudah tentulah masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Rasanya yang pedas, masam ditambah pula dengan ikan patin yang berlemak sudah pasti akan buat anda kecur liur!
Selalunya, Gulai Tempoyak Ikan Patin akan disajikan dengan nasi putih panas tetapi, di Restoran Patin Palace anda boleh menikmati juadah utama dengan nasi lemak atau nasi pandan. Menarik bukan? Anda juga boleh memesan masakan ikan seperti kukus, bakar ataupun Butter Milk.
Alamat: 31, Jalan BPU 5, 14 Miles, Jln Puchong, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11 A.M – 10:30 P.M)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162089012
5) ASAP Steamboat & Grill
Selalu kalau kedai makan yang terkenal mesti susah nak dapat parkir kan? Tapi berlainan pula dengan ASAP Steamboat & Grill. Ruang parkir yang disediakan sangat luas, jadi tak perlulah anda berebut parkir. Dekorasi dan susun atur kedai yang estetik juga mendapat pujian pelanggan. Kebersihan sangat diutamakan di sini. Pelbagai jenis makanan laut, bebola, daging perapan yang anda boleh makan disini. Yang pasti ianya segar dan sedap.
Apa yang istimewa di ASAP Steamboat & Grill ini ialah kuah pilihannya. Selalu jika kita makan steamboat, kuah yang ditawarkan hanyalah tomyam dan sup ayam. Tetapi ada kuah tambahan disini iaitu kuah kari laksa. Memang direkomendasi oleh para pengunjung. Harga untuk dewasa ialah RM42 manakala kanak-kanak RM21. Berbaloi bukan dengan variasi menu yang dihidangkan?
Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (6 P.M – 12 A.M) Phone
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0134858944
Menginginkan makanan yang sedap, harga yang berpatutan serta ruang makan yang selesa itu adalah lumrah setiap pelanggan. Dapat makan bersama keluarga dan yang tersayang lebih-lebih lagi lokasi yang dikunjungi menyajikan makanan yang berkualiti dan mempunyai rasa yang enak akan menjadikan masa yang terluang lebih bermakna dan berharga.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan komitmen diri sehingga kita terlupa ada insan di sekeliling kita yang harus kita beri perhatian dan masa. Jadi bawalah keluarga, pasangan dan anak-anak anda makan di restoran yang telah disenaraikan. Ingat bonding time bersama insan tercinta itu penting. Selamat menjamu selera dan elakkan pembaziran!
Wow, incredible blog format! How long have you ever been blogging for? you make blogging look easy. The entire look of your site is great, as neatly as the content material!