Berita

‘Contohi Saidina Umar, Cari orang Susah Hulur Bantuan’ – Uncle Kentang

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng mengingatkan orang ramai khususnya pihak bertanggungjawab untuk meringankan tangan menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah seperti dilakukan Saidina Umar Al-Khattab.

Sebaliknya, wakil masyarakat yang dilantik bukan hanya mendabik dada menunggu individu atau keluarga yang kesusahan datang meminta pertolongan.

Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, tidak semua orang susah akan datang meminta pertolongan melainkan pihak yang bertanggungjawab berusaha untuk mencari mereka.

“Si kawan ku ( classmate aku) Abdul cerita pasal Saidina Umar. Aku Cina dia Melayu tapi dia sayang dengan aku dan suruh aku ikut lah apa yang dipesan.

“Kepada orang yang berkuasa. Ketua blok, ketua kampung, ketua Bahagian atau ketua cawangan atau apa apa lah ketua. Ingat pesanan Uncle. Bila Uncle siarkan alamat orang susah, jangan gelabah dan bantai orang susah yang minta bantuan. Jangan pergi ‘tiaw’ sama dia mengapa dia tak minta bantuan dengan kamu.

“Jangan gelabah. Salah siapa kalau jiran kita tak makan kita pula makan sampai tak larat perut nak isi. Ingat tak Saidina Umar, dia cari orang susah. Bukan orang susah mai cari dia. Saya ingat pesan dari kawan Melayu saya yang cerita kepada saya bab Saidina Umar ini.

“Kita cari orang susah dan kalau kita gagal jangan marah orang susah itu cari orang lain. Kerana orang susah itu tidak kenal kamu dan segan nak mohon dengan kamu,” katanya menerusi Facebook.

Uncle Kentang juga mengingatkan wakil masyarakat supaya tidak ‘membantai’ orang susah yang datang memohon bantuan kepadanya dan tidak melalui saluran mereka.

“Jika orang susah datang kepada saya, janganlah pula pihak seperti Ketua Kampung, Ketua Bahagian, ataupun Ketua Cawangan tidak mempedulikan atau ‘membantai’ mereka kerana tidak memohon bantuan daripada pihak berkenaan,” katanya.

Uncle Kentang turut menasihati semua pihak untuk melakukan kebaikan dengan membantu orang yang lebih susah kerana kehidupan dunia hanya sementara.

“Ingatlah wahai para sahabat hidup gagah di dunia buat apa. Gagah lah kita di sana nanti kerana yang tinggal di dunia ini hanya panggilan arwah atau mendiang dan batu nisan yang terpacak di atas tanah, lalang megah berdansa mengeliling batu nisan mu seolah-olah mengejek mentertawakan mu.

“Rumah kita dalam tanah bukan di atas tanah. Ingat lah para sahabat ku memarahi orang miskin yang minta bantu itu mendusta kepada mereka yang teraniaya.

“Mati itu paling dekat bukan jauh. Ingatlah bila kamu marah orang ini, sempat tak esok kamu meminta maaf kerana mungkin orang yang kau marah esok akan bantu menguruskan jenazah atau mayat kau,” katanya.

Sumber
Sumber berita : Malaysiapost
Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button