Berita

Bukan Sekadar Bantuan – Rumah, Kereta dan Hidup Baru Buat 4 Jiwa

RM8,000 UNTUK MEMBINA SEMULA 4 NYAWA. SAYA BERHARAP MEREKA BOLEH BERJAYA DAN HIDUP DENGAN AMAN.

Saya telah berbelanja RM8,000 untuk menyelamatkan 4 nyawa. Si ayah yang malang telah cuba meminjam melalui iklan di media sosial dan akhirnya menyebabkan rumah mereka diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia bersama isteri dan dua orang anak kecil terpaksa melarikan diri dari rumah sewa demi keselamatan nyawa.

Anak-anak mereka terpaksa ponteng sekolah, dan seisi keluarga terpaksa berpindah ke negeri lain. Saya tahu si ayah tidak bersalah — dia hanya meminjam RM600, tetapi ah long menuntut bayaran balik RM6,000 dalam tempoh sebulan. Bila gagal bayar, rumah mereka disimbah cat dan ditampal risalah ugutan.

Kami “tarik keluar” keluarga ini dari jalanan — suami isteri dan dua anak — kami sewakan hotel untuk mereka, berpindah-pindah dari satu hotel ke hotel lain, dan akhirnya dapatkan rumah sewa untuk mereka. Rumah sewa itu menelan belanja RM3,000. Kos hotel dan makan pula RM1,000. Kami juga akan belikan sebuah kereta untuk ayah itu, tukar nama pemilikan, dan beli insurans. Kereta itu perlu dibaiki dahulu sebelum diserahkan, yang akan menelan kos RM3,000. Tambahan lagi RM1,000 digunakan untuk sewa lori bagi pindah barang.

Selepas habis RM8,000, saya rasa berbaloi bantu keluarga ini. Rasanya tiada NGO lain sanggup bantu sampai tahap ini. Saya tak sanggup tengok dua anak kecil — umur 11 dan 6 tahun — tidur di tepi jalan dalam kesejukan malam dan hujan.

Saya mohon pemahaman anda semua. Amal jariah bukan sekadar beri bantuan, tetapi kita mesti hargai nyawa anak kecil. Saya tak sanggup tengok tiada sesiapa pun yang sanggup berusaha sebegini untuk bantu keluarga ini. Ya, memang susah untuk kami sebagai NGO kebajikan, tapi apakan daya — bila Tuhan takdirkan mereka sampai kepada kami, itu amanah yang mesti disempurnakan. Tak boleh separuh jalan. Kami juga akan bantu tukarkan sekolah anak perempuan mereka.

Saya perlukan sokongan anda semua untuk bantu keluarga ini. Maafkan kami — kami benar-benar tak sanggup lihat anak kecil tidur di jalanan. Kita manusia, kita ada perasaan. Walaupun dana kami sedang tenat, saya percaya Tuhan akan cukupkan semula melalui sokongan anda semua. Bantu dulu, kira kemudian. Kami berkhidmat kepada Tuhan dengan sepenuh hati, dan saya yakin Tuhan tahu apa yang kami lakukan adalah demi kebaikan.

Tiada NGO lain sanggup bantu sampai sanggup taja hotel, rumah, dan kereta. Jika kami tak beri mereka kereta, mereka tak mampu pun nak teruskan hidup. Si ayah akan jual buah guna kereta itu, dan juga buat kerja pendawaian dan paip dari rumah ke rumah.

Saya harap keputusan saya untuk membantu mereka ini adalah betul. Saya benar-benar tak sanggup tengok anak-anak kecil tidur di jalanan.

– Kuan Chee Heng
Perasaan saya, naluri saya, keputusan saya, dan tindakan saya.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button