Tak Kenal, Tapi Prihatin – Jiwa Melayu, Hati Rakyat Malaysia
ABANG MANTAP.
Aku Cina Malaysia yang paling untung.
Ini Melayu yang saya tak kenal pun. Aku berhenti di RNR Ayer Keroh untuk buang air kecil setelah program di Parit Yaani, Yong Peng, Johor. Aku sedang menghala ke Kuala Lumpur.
Jejaka hebat Melayu ini bersapa dengan saya. Beliau beli 2 biji kelapa muda dan berikan kepada aku untuk minum. Gerakan dia pantas dan secara santai. Lepas beri aku air kelapa, beliau bergerak ke ambulan kami dan hulurkan wang kertas kepada eskot saya. Aku tak tahu berapa kerana aku duduk dekat pondok nikmati air kelapa muda.
Lepas itu beliau lambai dan terus beredar dari situ menaiki kereta pacuan 4 roda. Selepas berehat sekejap, aku kembali ke ambuland dan di maklumkan oleh eskot saya, dia memberi RM200.
Ini lah manusia hebat. AKU CINA, DIA MELAYU. Untuk mendapat layanan dan kepercayaan begitu, aku rasa aku tidak mensia siakan hidup aku. Aku menerima layanan sungguh baik di Parit Yaani, Yong Peng dari pelbagai kaum.
Untuk diri aku, aku senyum. Kita India,Melayu, Cina, Punjabi, Singh, orang asal, semua berdiri teguh di bawah Rukun Negara. Yang lebih itu, kita biarkan. Mereka tak akan puas hati dengan apa kita lakukan atau orang lain lakukan. Kerana mereka orang tak ada confidence. Mereka mencari tajuk untuk hentam orang agar mereka merasa megah, Pedulikan spesis itu. Kita mantap. Kita padu. Kita teguh.
Bersama mu, untuk mu, demi mu.
HIDUP MALAYSIA.




