Chef Gemok Tawar Buffet Percuma Dengan Pakej Serendah RM29.90
Bagi anda yang mencari kelainan untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan terutama di Puchong, penulis nak sarankan satu tempat yang ‘best’.
‘Best’ maksud penulis adalah tempat yang cantik, orang tak terlalu ramai, persekitaran tenang, penyediaan makanan yang cepat dan paling penting murah.
Bagi anda yang tinggal di Puchong sudah pasti tahu di mana terletaknya restoran Chef Gemok ini namun, jika sebaliknya anda boleh klik link dibawah ini untuk dapatkan lokasi ke restoran tersebut.
https://goo.gl/maps/GDPkQs15HaLxJdBH7
Promosi pakej untuk 2 orang yang hanya serendah RM29.90 menawarkan shell out dengan menu nasi. ketam, kupang dan lala. Selain itu, terdapat 3 jenis perisa yang boleh dipilih seperti butter cheese, tom yam dan asam pedas.
Dibawah ini penulis muat naik senarai pakej dan harga untuk rujukan anda.
Selain itu, Chef Gemok juga menawarkan buffet percuma kepada semua pelanggannya yang hadir dengan juadah seperti cendol, roti jala kuah durian, laksa, seri muka dan banyak lagi.
Bagi penulis suasana di Chef Gemok betul-betul santai, tidak terlalu ramai orang, tak bising dan yang paling penting ada surau di sediakan.
Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan sila hubungi 0136868583.
Ingat, berbuka janganlah sampai membazir.
Salam Ramadhan.