Kerajaan Bakal Umumkan Keputusan Pelaksanaan 5G Minggu Hadapan, Teruskan SWN Atau DWN
Kabinet akan memutuskan keputusan pada minggu hadapan jika Malaysia akan meneruskan pelancaran 5Gnya melalui model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) atau mempertimbangkan cadangan oleh beberapa pengendali rangkaian mudah alih (MNO) untuk Rangkaian Pemborong Dwi (DWN) dibangunkan.
Kabinet akan membincangkan rancangan itu pada hari Jumaat berikutan kebimbangan syarikat telekomunikasi mengenai harga dan isu lain. Menteri Telekomunikasi, Annuar Musa memberitahu Reuters dalam mesej teks beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan itu pada hari Rabu.
Syarikat rangkaian telekomunikasi mengesyorkan kerajaan membenarkan mereka sebagai penyedia 5G kedua. Hal ini timbul berikutan kebuntuan antara pengendali dan Digital Nasional Berhad (DNB).
Pemilik rangkaian telekomunikasi bimbang pelan itu akan mengakibatkan monopoli mengakibatkan harganya akan lebih mahal walaupun DNB berkata ia akan mengenakan bayaran yang lebih rendah kepada mereka untuk mengakses rangkaian 5G daripada kos yang mereka tanggung untuk 4G.