Uncle Kentang Terharu Atas Keprihatinan Rakyat Malaysia Bantu Azizah
Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang telah membuat satu hantaran di facebook miliknya bagi mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk membawa Azizah ke Sunway Lagoon, baru-baru ini.
Bagi yang tidak mengenali Azizah, dia merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki sempurna, bisu serta tidak dapat mendengar.
Ramai juga yang tidak tahu bahawa Azizah mempunyai seorang kakak kembar bernama Aishah, namun kembarnya dilahirkan cukup sifat dan kini masih bersekolah.
Azizah bukanlah dari keluarga yang senang, namun atas sumbangan orang ramai selama ini, ianya dapat meringankan beban keluarga mereka.
Emak Azizah hanya bekerja sebagai tukang cuci, namun kesihatannya kian merosot kerana sering sakit lutut dan kaki kebelakangan ini.
Selama bertahun-tahun Azizah membesar hanya di dalam persekitaran rumahnya sahaja. Dia amat jarang sekali keluar dari rumah kerana pergerakkannya amat terbatas.
Tambahan lagi, rumahnya pula berada di tingkat 1 dan menyukarkan ibunya yang semakin uzur untuk mendukung Azizh yang kian membesar.
Baru-baru ini, ketika Uncle Kentang melawat Azizah, beliau memberikan cadangan agar dapat membawa Azizah ke Sunway Lagoon untuk beriadah.
Namun, setelah mendengar kos tiket yang agak membebankan, Uncle Kentang menukar cadangan untuk membawa Azizah ke Zoo Negara.
Siapa sangka dengan aturan Tuhan, ada beberapa orang rakyat Malaysia yang sudi menaja Azizah dan keluarga. Namun terlebih dahulu, Mr. Keng dari Sunway Lagoon memberi tawaran bermalam di Campsite Sunway Lagoon, Park Pass. Malah turut diberikan sarapan dan makan untuk Azizah sekeluarga.
Malah lebih menggembirakan lagi apabila Uncle Kentang sekeluarga turut diberikan tawaran Family Pass bagi tempoh 1 tahun masuk ke Sunway Lagoo secara percuma.
Uncle Kentang sendiri tidak menyangka akan diberikan tawaran tersebut kerana niatnya hanya ingin membantu Azizah.
Tawaran tersebut tidak terhenti di situ apabila Azizah dan keluarganya turut mendapat tawaran untuk melawat Aquaria oleh Chris Liang.
Malah lebih mengharukan apabila Boon dari TV3 bersama Zoo Negara turut menawarkan pakej melawat zoo secara percuma kepada Azizah dan keluarga. Malah BBQ Kemensah juga turut menaja makan dan minum buat mereka sekeluarga.
Dalam masa yang sama juga ramai follower Uncle kentang masukkan duit bagi membantu Azizah.
Inilah Malaysia yang hebat.
Terima kasih Malaysia. Anda semua adalah hero.



