Uncle Kentang Buka Pasar Murah, Kereta Satria Dijual Hanya RM1 Sahaja

Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah melakukan pelbagai inisiatif bagi membantu keluarga asnaf dan miskin seperti ambulans RM1, teksi 10 sen, rumah RM1 dan banyak lagi. Terkini, Uncle Kentang telah mengumumkan di facebook miliknya akan menganjurkan pasar RM1 di Puchong.
Barang RM1 sahaja
Uncle Kentang akan membuka pasar RM1 dengan menjual barangan keperluan seperti pakaian, barang keperluan dapur, makanan dan lain-lain buat mereka yang memerlukan.
Dia telah memuat naik perkara tersebut di Facebook miliknya dan sudah tentu perkara itu bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Kereta Satria RM1?
Dalam satu hantaran di facebook milik Kuan Chee Heng, Uncle Kentang turut menyatakan bahawa sebuah kereta Proton Satria turut dijual pada harga RM1 sahaja. Namun, beliau memberitahu bahawa kereta berkenaan telah dijual kepada keluarga asnaf di sini.
Ada Perabot dan Barangan Elektrik juga
Selain daripada pakaian, terdapat juga permainan kanak-kanak dan peralatan keperluan rumah seperti tilam, dapur elektrik, pinggan, set cawan serta rak terpakai yang boleh diperoleh oleh mereka yang memerlukan.
Pasar RM1 ini akan diadakan pada 21/5/2022 bertempat di stesen LRT Taman Perindustrian Puchong bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau menyumbang barangan mereka untuk pasar RM1 sila hubungi 01165121288 (Albert).
Sebarang pertanyaan berkenaan pasar RM1 sila hubungi 0380656666.
Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point. You definitely know what youre talking about, why throw away your intelligence on just posting videos to your blog when you could be giving us something informative to read?