Berita

IKN Terima 300,000 Keping Pelitup Muka Neutrovis Dari Maystar Beauty

Maystar Beauty Sdn Bhd, pengeluar pelitup muka Neutrovis menyumbang 300,000 keping pelitup muka itu kepada Institut Kanser Negara (IKN), baru-baru ini.

Sumbangan pelitup muka ini merupakan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak Maystar Beauty Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) IKN Amiruzie Ramli di perkarangan lobi IKN.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) IKN, Amiruzie bin Ramli, berkata pihaknya sentiasa terbuka menerima sumbangan dari mana-mana individu atau korporat bagi meringankan beban pesakit serta waris di sini.

“Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka bagi dalam bangunan dan kawasan tertutup adalah diwajibkan.

“Oleh demikian, pelitup muka ini akan turut diagihkan kepada pesakit, waris, pelawat dan pekerja.” katanya.

Dalam pada itu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng turut berbesar hati kerana dapat bersama-sama Maystar Sdn Bhd bagi memberikan sumbangan tersebut kepada IKN dan berharap dengan sumbangan tersebut dapat melindungi pesakit, waris serta pekerja dari wabak COVID-19.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button