Berita

Bawa Suami Naiki Motosikal Untuk Dialisis, Pemuda Tampil Hulur Bantuan

Pada minggu yang lalu aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang telah mengarahkan tim logistik bagi membantu 2 kes asnaf di Negeri Sembilan dan Pahang.

Permohonan tilam dan wheelchair telah dipohon oleh seorang jiran yang prihatin di Kampung Puom, Negeri Sembilan kepada sepasang keluarga asnaf di situ.

Permohonannya bagi mendapatkan tilam dan wheelchair telah diluluskan oleh Uncle Kentang dan kemudiannya tim logistik di ketuai oleh Saudara Azul bergerak seawal jam 5.30pagi dari Puchong, Selangor ke Kampung Puom, Negeri Sembilan.

Setiba tim logistik di kampung berkenaan, saudara Azul telah disambut mesra oleh pemuda yang prihatin hanya mahu dikenali sebagai Sham.

Dengan menaiki van, tim logistik mengaharungi jalan kecil dikelilingi pohon getah yang agak sempit dan licin.

Setibanya dirumah berkenaan, tim logistik memperkenalkan diri kepada makcik Rosliza dan memohon izin untuk melihat keadaan dalam bilik sebelum tilam dibawa masuk.

Setelah melihat kesesuaian tempat untuk meletakkan tilam, maka tim dan saudara Sham mula mengangkat tilam dan wheelchair ke dalam kediaman makcik Rosliza.

Menurut makcik Rosliza, suaminya pakcik Zakaria menghidap penyakit kencing manis serta sakit buah pinggang.

Akibat penyakitnya itu, pakcik Zakaria hilang penglihatan dan tidak mampu lagi bekerja. Manakala pendapatan keluarga mereka pula hanya bergantung kepada hasil jualan kuih muih makcik digerai berdekatan dengan kediaman mereka.

Tambah saudara Sham, lebih menyayat hati apabila melihat makcik Rosliza membawa pakcik Zakaria ke bandar berdekatan bagi menerima rawatan dialisis dengan hanya menaiki motosikal.

Dengan keadaan pakcik Zakaria yang telah lemah tidak dapat bayangkan bagai mana makcik Rosliza membawa suaminya itu setiap kali pulang ke kediaman mereka.

Seorang anak muda prihatin yang telah lama menawarkan diri untuk menghantar mereka ke Pusat Dialisis di Kuala Klawang kini tidak dapat lagi makcik Rosliza tolak kerana keadaan pakcik Zakaria sudah tidak bermaya lagi.

Dikhabarkan tangan kanan pakcik Zakaria pun sudah tidak boleh diangkat.

Saudara Sham merupakan jiran kepada pakcik Zakarian dan meskipun hanya bekerja sebagai penoreh getah namun, dia berhati mulia kerana sanggup menawarkan diri bagi menghantar pakcik Zakaria ke pusat dialisis di Kuala Klawang.

Setelah bantuan diterima, saudara Sham dan makcik Rosliza turut mengambil kesempatan bagi mengucapkan terima kasih kepada Uncle Kentang, orang ramai yang menyumbang dan tim logistik kerana sanggup bersusah payah ke Kampung Puom menghantar tilam dan wheelchair tanpa caj.

Saksikan video perjanalan dan temubual dibawah ini.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button