Tolonglah Hentikan Fitnah Terhadap Arwah Anak Saya – Azlan

Tular beberapa bulan lalu berkenaan aktivis masyarakat mengumpul dana sebanyak RM3700 bagi membantu seorang ayah yang memerlukan bantuan kewangan bagi menguruskan dua orang anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ayer Keroh, Melaka pada 31 Januari 2022.
Malah pelbagai pihak turut berkongsikan tangkap layar yang tidak pasti yang boleh menimbulkan fitnah kepada arwah sekeluarga.
Bapa kepada kedua-dua anak tersebut yang dikenali sebagai Azlan berkata, anak perempuannya Nur Aiman Natasya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 19/2/2022 manakala hari yang sama Nur Atirah masih dibenarkan pulang dari Hospital Melaka ke Hospital Besut, Terengganu.
Dalam keadaan itu, Azlan tersepit kerana dia tidak mempunyai wang mencukupi bagi menguruskan penghantaran pulang jenazah Nur Aiman Natasya dan Nur Atirah yang masih kritikal ke Besut pada waktu itu.
Azlan telah menghubungi pelbagai pihak bagi menguruskan jenazah anaknya namun, permohonannya tidak berjawab sehinggalah mendapat nombor telefon Uncle Kentang dari seorang kenalan dan sebagai usaha terakhir bagi memohon pertolongan.
Menurut Azlan, permohonan bagi mendapatkan van jenazah dan ambulans swasta telah mendapat perhatian oleh Uncle Kentang apabila aktivis berkenaan bersetuju untuk menanggung kedua-dua kos tersebut.
Selepas bercakap melalui telefon Uncle Kentang kemudiannya memasukkan wang sebanyak RM3000 ke dalam akaun Azlan bagi membayar sebanyak RM2200 kepada ambulans Bulan Sabit Merah manakala baki RM800 sebagai wang saku bagi menguruskan beberapa urusan di sini.
Tambah Azlan, urusan jenazah anak perempuannya pula telah ditanggung sepenuhnya oleh Uncle Kentang dan team dari HKL hingga ke rumah abangnya di Jerteh, Terengganu.
Lebih mengejutkan lagi ketika Azlan tiba di Jerteh, dia telah dihubungi oleh Uncle Kentang dan dimaklumkan bahawa sebanyak RM1000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi menguruskan anaknya yang kritikal di Hospital Besut, Terengganu.
Bagi mendapatkan gambaran penuh tentang kejadian ini, sila saksikan video temubual bersama Azlan di bawah ini.
Oleh itu, sempena hari Jumaat yang mulia ini, penulis berharap cerita sebegini dihentikan serta merta. Sama-sama lah kita doakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam golongan yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.