Kentangfund Tidak Mengambil Komisyen
Kentangfund.com adalah satu platform untuk membuat kutipan dana bagi sesuatu projek atau tabung kutipan bagi membantu sesuatu kes yang spesifik.
Mengapa di wujudkan crowdfunding platform ini?
Di dalam Malaysia kita mempunyai ramai anak anak muda yang ingin menceburi dalam bidang kesukarelawanan. Ada pelajar universiti yang mempunyai assignment untuk social work yang munkin menglibatkan dana di mana mereka ini mempunyai kesukaran untuk mendapatkan dana bagi menjalankan sesuatu projek.
Di manakah mereka akan dapat mencari dana kerana mereka belum ada kekuatan sebegitu? Oleh sebab itu, kentangfund.com telah di wujudkan untuk mempermudahkan kutipan dana dari orang awam bagi mengalakkan anak anak muda dalam menyempurnakan projek mereka dan menceburi dunia kesukarelawanan.
Kita selalu akan berjumpa dengan kes malapetaka, kes medikal yang perlu kos pembedahan seperti kanta mata, dan lain lain kos spesifik yang pesakit harus membayar di mana pihak hospital tidak menyediakan nya. Ada di antara mereka yang tak mampu dan perlu bantuan dari orang ramai. Kita akan muat naik kes mereka di dalam kentangfund.com dan mencari dana untuk membiayai kos medikal mereka.
ADAKAH KENTANGFUND.COM MENERIMA KOMISYEN KEATAS DANA YANG DI KUTIP?
Kentangfund.com tidak menerima apa apa komisyen dari dana yang di kutip. Namun penyumbang turut menanggung kos payment gateway iaitu kos yang di ambil oleh syarikat payment gateway yang menyediakan peranti pembayaran. Kos nya berbeza bagi peranti peranti dari kos 50 sen ke RM 1.50 setiap kutipan derma. Adalah di ingatkan ia adalah bayaran tetap yang di kenakan oleh syarikat payment gateway dan LANGSUNG TIDAK ADA DUIT YANG DI SALURKAN KEPADA KENTANGFUND.COM.
Soalan mengenai potongan 30% atau 10% dari dana yang di kutip adalah di kaut oleh kentangfund.com adalah tidak benar dan palsu. Kesemua projek yang di muatnaik adalah untuk memanfaatkan dan mempermudahkan rakyat Malaysia dan dana terkumpul adalah di bayar sepenuh nya kepada penerima dana TANPA KOMISYEN DI POTONG.
Kita mengalakkan anak anak muda yang perlu mencari crowdfunding mengunakan platform crowdfunding yang sedia ada dalam Malaysia. Namun begitu, platform yang berbeza munkin mempunyai syarat yang berbeza. Memang benar ada platform yang berlainan akan mengenakan admin fees sebanyak 10% tetapi kami di kentangfund.com tidak mengenakan apa apa pembayaran atau komisyen. Platform lain yang munkin kenakan bayaran boleh berbuat demikian kerana ketika mereka menyediakan platform sedemikian, ia perlu dana dan maintenance nya pun perlu di bayar kepada primary hosting. Orang yang membuat aduan atau fitnah platform makan duit, boleh rujuk kepada pakar IT untuk bertanya kos untuk membuat platform sedemikian dan juga kos untuk menyelenggara nya setahun.
Untuk medikal kes, platform yang lebih maju dan aktif adalah dari kitafund.com. Jom, sekiranya anda ada kemusykilan dan pertanyaan, sila lah call kami di 018 2683999.
Kami sedia membantu anda. Tatkala kau mempermudahkan orang, Tuhan akan mempermudahkan kamu. Ingat platform kentangfund.com bukan untuk mencari untung, tetapi untuk membantu Malaysia bersatu padu membantu ketika ada orang dalam kesusahan.