Berita

Bantulah Nordin Dapatkan Bot dan Enjin Baharu Kerana Nelayan Punca Rezeki

Badan bot baharu Nordin sudah hampir siap dan telah dikeluarkan dari acuan bagi proses selanjutnya. Sebelum ini Nordin diberi bantuan ambulans RM1 setelah isterinya perlu ulang alik dari Melaka ke Institut Kanser Negara, Putrajaya bagi tujuan pemeriksaan.

Ternyata Allah lebih sayangkan isteri Nordin, Nurhabibah, apabila dia telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada minggu lalu akibat kanser usus tahap akhir.

Nurhabibah meninggalkan 4 orang anak yang berusia 9 tahun, 7 tahun, 4 tahun dan setahun enam bulan.

Meskipun Nordin masih bersedih dengan kehilangan insan tersayang namun, dia harus menyara anak-anaknya.

Meski keadaan bot yang kurang baik, Nordin tetap membelah laut meskipun tidak dapat bergerak jauh dari pantai kerana bimbang rosak ditengah laut.

Kini kita cuba bantu Nordin untuk dapatkan enjin bot baharu jenis Yamaha, 30 kuasa kuda dengan harga RM8600.

Sumbangan anda amat berharga kerana dapat memberi harapan baharu buat Nordin untuk mencari rezeki buat keluarganya.

Sila klik pautan dibawah ini untuk salurkan sumbangan anda kepada Nordin bagi mendapatkan enjin baharu.

www.kentangfund.com

Lagi paparan

Artikel berkaitan

2 Comments

  1. It’s really a great and helpful piece of information. I’m glad that you shared this useful information with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.

  2. Having read this I thought it was very informative. I appreciate you taking the time and effort to put this article together. I once again find myself spending way to much time both reading and commenting. But so what, it was still worth it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button