Berita

Terima Kasih TUDM, Bawa Pulang Rina Dan Anaknya Ke Sarawak

Setelah lebih sebulan Siti Norsyukrina, 49, terkandas di Putrajaya kini dia boleh menarik nafas lega apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersetuju untuk membawa anaknya ke Kuching, Sarawak hari ini.

Menurut Rina, dia bersyukur kerana mendapat bantuan dari pelbagai pihak terutama Rumah Sarawak kerana sentiasa membantu mereka sekeluarga agar dapat pulang ke Sarawak dengan menggunakan khidmat pihak TUDM.

Sekitar jam 2 pagi tim ambulans Uncle Kentang tiba di perkarangan pangsapuri Pudina di Presint 17, Putrajaya bagi membawa Rina dan anaknya Nidzam ke TUDM, Bukit Jelutong, Selangor.

Nidzam yang terlibat kemalangan jalanraya pada Syawal yang lalu mengakibatkan patah tangan kiri, hancur tulang pinggul kiri, hancur tulang kaki kiri, patah paha kanan, patah kaki kanan, patah rahang kiri dan patah dagu.

Penerbangan Rina telah dijadualkan seawal jam 6 pagi dan dijangka tiba jam 8 pagi di Kuching, Sarawak.

Ketibaan ambulans Uncle Kentang di pengkalan TUDM, Subang disambut baik oleh pegawai yang bertugas.

Beberapa orang pegawai juga turut memeriksa dan melihat keadaan Nidzam sebelum dipindahkan ke pesawat milik TUDM itu.

Setelah itu, wakil-wakil dari Rumah Sarawak juga turut hadir bagi menghantar Rina dan Nidzam sebelum menaiki pesawat.

Setelah mendapat lampu hijau dari pegawai TUDM, ambulans Uncle Kentang kemudiannya dibenarkan untuk berada berdekatan dengan kapal terbang bagi memindahkan Nidzam menaiki pesawat milik TUDM tersebut.

Sebelum berlepas, Rina, mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih berterima kasih kepada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang kerana menyediakan perkhidmatan ambulans secara percuma kepada anaknya untuk menerima rawatan di klinik kesihatan setiap minggu.

Rina juga bersyukur kerana selama sebulan tinggal di rumah RM1, dia sekeluarga telah menerima layanan yang cukup baik sepanjang mereka tinggal di sini.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button