Flex Stylish Gunting Rambut Percuma Untuk Penghuni Pusat Rehat Orang-Orang Tua Uncle Kentang

Penghuni Pusat Rehat Orang-Orang Tua Uncle Kentang di Lenggeng, Negeri Sembilan telah mendapat khidmat gunting rambut secara percuma oleh pasukan Flex Stylish, hari ini.
Selain menggunting rambut, team Flex Stylish turut membawa beberapa pek makanan seperti beras, minyak masak, biskut dan lain-lain kepada penghuni di sini.
Pemilik salun, Felix Yap berkata, tujuan kehadiran mereka adalah bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberikan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada warga emas.
“Niat kami hanya untuk membantu mereka dan pada masa sama melakukan perkara boleh memberi manfaaat kepada orang ramai.
“Lebih utama adalah, kami sebagai orang muda harus menyantuni mereka yang lebih tua di sini agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan.” katanya.
Selagi ada kudrat, Felix berkata, dia akan terus menabur bakti kepada masyarakat dengan kepakaran yang ada padanya.
Seramai 5 orang dari Flex Stylish memotong dan menggayakan setiap penghuni harus diberi pujian.