Berita

Sebulan Tinggal Di Rumah RM1, Rina Dan Anak Tak Dapat Pulang Ke Serian

Sedar tidak sedar sudah hampir 4 minggu Rina dan anaknya tinggal di rumah RM1 di Putrajaya. Setiap minggu, team Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) akan membawa Rina yang menginap di rumah RM1 ke pasaraya berdekatan bagi membeli barangan keperluan serta makanan.

Menurut Siti Norsyukrina, 49, dia terpaksa menumpang di rumah RM1 kerana terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal Ogos yang lalu.

Anak lelaki Rina, Shyaifulnidzam, 30 patah kaki kirinya akibat kemalangan jalanraya di Bentong, Pahang pada May 2022 yang lalu setelah berlanggar dengan sebuah kenderaan yang berhenti dibahu jalan.

Akibat kemalangan itu, Nidzam patah tangan kiri, hancur tulang pinggul kiri, hancur tulang kaki kiri, patah paha kanan, patah kaki kanan, patah rahang kiri dan patah dagu.

Nidzam telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis, Pahang dan menerima rawatan di situ. Dalam pada itu, Nidzam juga perlu ke Hospital Serdang, Selangor bagi pemeriksaan lanjut di sana.

Setelah beberapa minggu berlalu dan kini Nidzam sudah beransur pulih dan Rina mengambil keputusan untuk membawa anak lelakinya pulang ke Serian, Sarawak kerana perlu mendapatkan rawatan di Hospital Kuching, selain berdekatan dengan keluarganya.

Rina dan Nidzam sepatutnya pulang ke Serian pada awal Ogos 2022 yang lalu, namun setelah tiba di lapangan terbang, Mereka tidak dapat meneruskan penerbangan kerana menurut syarikat penerbangan anaknya tidak boleh duduk diatas wheelchair dalam kapal terbang dengan keadaan kaki kirinya berlunjur sebegitu.

Tambah Rina lagi, syarikat penerbangan berkenaan turut menawarkan tiket khas bagi membawa pesakit dengan menggunakan “strecher” namun, harga tiket tersebut sekitar RM15,000 sehala namun, dia tidak berkemampuan.

Disebabkan itu, Rina terkandas di KLIA dan menghubungi Uncle Kentang bagi mendapatkan penginapan sementara dan mereka pun ditawarkan untuk tinggal rumah RM1 di Putrajaya.

Menurut Rina, dia kini sudah boleh menarik nafas lega apabila pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersetuju untuk membawa pulang mereka sekeluarga ke Sarawak dan kini hanya menunggu tarikh dari pihak berkenaan.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button