100 Keluarga Terima Bantuan Selama 12 Bulan

Seramai 100 keluarga telah di senaraikan untuk menerima bantuan pembelian makanan di Pasaraya Lotus, Bukit Puchong.
Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) telah menerima persetujuan dari Mykasih Foundation untuk memulakan program pertamanya pada ahad 27 November 2022 di Pasaraya Lotus, Bukit Puchong.
Seramai 50 keluarga Melayu, 30 keluarga berbangsa Cina dan 20 keluarga berbangsa India akan menerima bantuan makanan bulanan yang boleh di beli dari Lotus selama 12 bulan.Â
Bantuan dana akan di masukkan ke akaun ketua keluarga dan hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja ke Pasaraya Lotus untuk membeli barangan keperluan asas harian di Lotus.Â
PAUKM amat berterima kasih kepada Mykasih Foundation yang sentiasa prihatin dan sokongan kepada golongan yang memerlukan.
Syukur di ucapkan kepada mereka yang telah mendapat bantuan ini dan semoga bantuan ini dapat meringankan kos hidup mereka sekeluarga.