Berita

Uncle Kentang Sebar Kasih Sayang dan Harapan Kepada Pesakit IKN

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang telah melawat pesakit yang dirawat di Institut Kanser Negara (IKN) hari ini.

Uncle Kentang bukan hanya membawa senyuman dan harapan, malah turut mengagihkan buah limau dan biskut sebagai tanda kasih sayang.

Kehadiran Uncle Kentang dan team membawa sinar harapan buat pesakit yang sedang menjalani rawatan. Malah dengan kehadiran mereka juga turut menceriakan suasana dan memberi semangat kepada pesakit untuk terus berjuang melawan pesakit.

Aktiviti sebegini membuktikan bahawa nilai kemanusiaan dan kepedulian terhadap orang lain masih wujud dalam kalangan masyarakat.

Ini juga menjadi satu pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa memberikan sokongan dan harapan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang bertugas turut menyambut baik kedatangan Uncle Kentang di IKN.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button