Pekerja Institut Jantung Negara Berhati Mulia
“Mulianya hati kamu,” Itulah ayat yang diungkapkan oleh Uncle Kentang kepada seorang pekerja bilik mayat Institut Jantung Negara (IJN) setelah memaklumkan seorang wanita dari Sarawak terkandas di sini, baru-baru ini.
Wanita tersebut baru tiba di IJN dari Sarawak bersama bayinya dalam keadaan kritikal namun, bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia keesokkan harinya.
Rumah Sarawak telah membantu memudahkan urusan mayat bayi tersebut untuk dipulang ke Sarawak, manakala tiket penerbangan ibu tersebut telah di taja oleh Uncle Kentang.
Menurut Uncle Kentang, beliau bergegas ke bilik mayat IJN setelah menerima panggilan dan bertemu dengan ibu tersebut.
Setelah berbual, ibu tersebut memberitahu bahawa dia tidak mempunyai wang membeli tiket untuk pulang ke Sarawak.
Kemudiannya Uncle Kentang terus membawa ibu tersebut ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan membeli tiket penerbangan untuknya.
Setibanya di KLIA, Uncle Kentang terus menuju ke kaunter jualan dan membeli tiket dengan harga RM902 supaya ibu tersebut dapat menaiki pesawat seawal jam 7.20 petang.