3 Penyumbang Budiman Permudahkan Urusan Pemulangan Jenazah Warga Indonesia

Seorang suami yang kehilangan isteri buntu kerana tidak mempunyai wang mencukupi bagi menguruskan jenazah isterinya setelah meninggal dunia di hospital, semalam.
Oleh kerana tiada siapa yang membantunya, dia terpaksa menghubungi Uncle Kentang merayu bantuan meskipun tidak pernah bersua muka.
Seawal jam 7.00 pagi, Uncle Kentang memandu sendiri ke Batang Kali bagi bertemu dengan pemohon tersebut, hari ini.
Menurut Uncle Kentang, si suami menghubunginya melalui whatsapp dan memberitahu bahawa dia memerlukan sebanyak RM2000 sahaja lagi bagi menguruskan jenazah isterinya untuk dibawa pulang ke Indonesia.
Hasil sumbangan dari 3 orang penyumbang, sebanyak RM2000 telah berjaya dikumpulkan diserahkan sendiri oleh Uncle Kentang kepada si suami di Batang Kali, Selangor.
Lebih mengejutkan apabila si suami memberitahu bahawa arwah isterinya meninggal bersama bayi dalam kandungan.
Jenazah bayi akan di kebumikan di sini manakala jenazah isterinya pula akan dibawa pulang dan dikebumikan di Flores, Indonesia