Panggilan Kecemasan Bantu Selamatkan Nyawa OKU

Francise, 60, mengalami kecederaan serius setelah terjatuh sendirian di hadapan pintu biliknya. Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila dia terjatuh dan terkena bucu tajam pada dinding pintu, menyebabkan kecederaan serius di bahagian kepalanya.
Kakaknya berada di rumah ketika kejadian berlaku, dan dia terdengar bunyi benda terjatuh di bahagian bilik adiknya.
Setelah bergegas ke tempat tersebut kakaknya dapati adiknya terjatuh seorang diri dengan kecederaan di kepala.
Tanpa berlengah, kakak mangsa menghubungi nombor kecemasan 999 kerana banyak darah mengalir akibat terjatuh.
Pihak perkhidmatan kecemasan 999 segera menghubungi pasukan ambulans Uncle Kentang, agar dapat ke lokasi untuk membantu mangsa yang tinggal di Taman Mawar, Jalan Kinrara, Puchong.
Individu yang terlibat merupakan seorang OKU (Orang Kurang Upaya) tinggal bersama kakaknya di sini.
Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, turut hadir untuk memberi bantuan dan rawatan kecemasan bersama kepada mangsa yang cedera.
Tim ambulans Uncle Kentang kemudiannya membawa mangsa ke Jabatan Kecemasan, PPUM dan menerima rawatan pesakit luar.