Berita

ACP Wan Azlan Yakin Dapat Wujudkan Kerjasama Bersama Studio ND

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP, Wan Azlan Wan Mamat sudi melawat Studio ND di Bandar Puchong Utama, semalam.

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang turut memperkenalkan barisan krew berpengalaman yang menjalankan aktiviti studio tersebut.

Studio ND mempunyai pelbagai kemudahan, termasuk Green Screen Hall, Kitchen Hall, Ruang Tamu, dan Photo Hall.

Studio ini diberi nama ‘Neat & Dynamic Production’ dan diumumkan bahawa mereka sudi bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (IPD) bila-bila masa.

Wan Azlan juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan pengambaran di studio ini kerana ianya mempunyai kelengkapan dan peralatan yang lengkap.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, YDH, Supt Mohd Fairus Jaafar, Barisan Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, dan anggota IPD Subang Jaya di sini.

Selepas lawatan itu, mereka berkumpul untuk sesi minum petang dan bergambar kenang-kenangan.

Studio ND kini menjadi satu sumber yang penting untuk industri pengambaran dan penyampaian maklumat di kawasan Subang Jaya secara amnya.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button