Berita

Kebakaran Melanda Rumah Pusaka Keluarga

Rumah pusaka yang didiami sebuah keluarga selama 30 tahun rentung dalam kejadian kebakaran pada pukul 3.45 pagi semalam akibat kejadian litar pintas.

Kejadian itu telah disedari oleh ketua keluarga En Roslan sewaktu mereka sedang tidur akibat terhidu bau asap di bahagian ruang tamu dan bertindak untuk menyelamatkan ahli keluarga beliau dengan segera.

Semua ahli keluarga beliau selamat namun segala dokumen penting tidak sempat untuk diselamatkan termasuk harta benda berharga dan pakaian yang menyebabkan banyak kerugian yang beliau alami.

Berita ini telah sampai kepada pengetahuan pihak kami dan pihak Zakat bersama ketua kampung Puchong En Rashid Dan Nazir Masjid Istiqamah Hj Ismail untuk turun padang menyampaikan sedikit bantuan bagi mengurangkan beban mangsa sekeluarga.

Semoga En Roslan sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini dan terima kasih kepada pengeluar Zakat Selangor kerana tanpa anda bantuan seperti ini tidak dapat disalurkan.

Kredit: Team Operasi Agihan Asnaf Daerah Petaling

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button