Berita

Terima kasih MBI atas jemputan

Kacak bergaya dan ayu jelita kesemua tetamu sekitar Majlis Raikan Syawal MBI Bersama Media yang berlangsung tengah hari tadi di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated, Ts Saipolyazan M Yusop di awal Majlis menekankan sokongan rakan media amat dihargai kumpulan syarikat MBI dalam menyalurkan maklumat tepat usahasama syarikat memacu kehidupan lebih bermakna untuk kesemua rakyat Selangor.

Majlis ini turut memberi ruang kepada wakil komunikasi korporat syarikat milikan MBI untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan bersama wakil-wakil media di samping menjamu selera dengan hidangan sajian raya.

Oh ya, trivia WBS. Pasukan Media Wanita Berdaya Selangor terdiri daripada Jejaka Berdaya ya 😁

Kredit : Lensa MBI

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button