Berita
Membantu Mereka Yang Memerlukan
Jarang orang akan melayan mereka seperti kita layan mereka.
Mereka datang dari Pekan, Pahang. Mereka sakit kanser dan perlu menjalani rawatan kemoterapi pada hari Selasa.
Kami menempatkan mereka sementara di Hotel 99.
Kami menjemput mereka dari Perhentian Bas Putrajaya dan membawa mereka ke Puchong.
Kami melayan mereka seperti keluarga kami. Malaysia, kita adalah satu keluarga besar.
Pada hari Selasa, kami akan membantu membawa mereka ke Institut Kanser Negara.
Kami bersyukur kerana kami yang belum sakit dapat membantu mereka yang sedang sakit.
Semoga Tuhan memberikan kesembuhan kepada pesakit.
Mereka hanya perlu membayar RM1 untuk satu malam.