I Cina. Beliau Melayu

Kami berpelukan dan dia menangis. Menangis kegembiraan kerana dapat berjumpa dengan saya.
Kerana beliau dapat tidur di Hotel RM1. Sehingga hari ini, kami MASIH ADALAH NGO YANG SEDIAKAN PENGINAPAN RM 1 DI KUALA LUMPUR DAN DI SELANGOR. BUKAN CAKAP KOSONG BUAT 1 BULAN TERUS HILANG DIRI.
Kami sudah 8 tahun sediakan Hotel RM1.
Beliau dari jauh dan bawa isteri tersayang bersama anak umur 15 tahun datang ke KL untuk rawatan isteri. Kita sediakan penginapan RM1. Beliau terharu. Kita support sikit duit minyak.
ORANG SUSAH, BILA KITA BUAT SIKIT BAIK, BELIAU TERPEGUN DAN TERUS MENITIS AIR MATA. Tuhan jadikan kita semua. Bahagikan kita kepada puak puak. Bukan untuk kita bergaduh, malah untuk kita saling mengenali dan mengasihi antara satu sama lain.
RAKYAT JAGA RAKYAT.