Berita

Saya Seorang Cina Apek Tua

SAYA BUKAN POLIS. SAYA SEORANG CINA apek tua. TAHAN WANITA MELAYU DARI NAIK MOTOSIKAL.

Saya MENAHAN DAN MELARANG SEORANG WANITA MELAYU DAN ANAK PEREMPUAN 14 TAHUN DARI MENAIKI MOTOR.

Sebab nya. Anak sakit kanser dan di minta datang ke Institut Kanser Negara, Kuala Lumpur. Mereka tinggal di Ulu Tiram, Johor. Mereka ingin datang ke IKN. Oleh kerana mereka tiada duit naik Grab dari Ulu Tiram ke Larkin, untuk menaiki bas 12.45 malam, mereka nekad naik motosikal. Dalam keadaan anak sakit kanser, ibu tunggal ini berani dan nekad bonceng anak yang sedang sakit ke bas setesen Larkin.

I MELARANG. I TELAH MASUKKAN DUIT KEDALAM AKAUN IBU DAN BERI ARAHAN UNTUK NAIK GRAB KE LARKIN. CUKUP DUIT TU.

Munkin lepas saya jumpa Dato Haji Che Roslan, KP Jabatan Perpaduan, saya akan bertolak ke Ulu Tiram. Kalau saya sihat dan bertenaga, saya akan jemput ibu dan anak naik ambulan ke IKN.

MENGENAI PERPADUAN, saya anak jati Batu Pahat. Kami di besarkan bersama orang Jawa yang selalu marah saya goblok. Tetapi kasih sayang kami dalam kebun getah, menjaga satu sama lain, adalah satu perkara yang biasa dan bukan luarbiasa.

Saya pasti bila sampai jumpa Ketua Pengarah, kita bukan sembang kosong. Kita akan buat terbaik untuk perpaduan di Malaysia.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button