Negeri Sembilan Perlukan Ambulans

Kenapa Saya Kata Negeri Sembilan Perlukan Ambulans?
Team kami kena lapor diri jam 5.00 pagi dan dari Puchong kena pandu ke Titi, Negeri Sembilan untuk bawa seorang gadis ke Hospital Seremban. Kos ambulans swasta di Negeri Sembilan boleh mencecah RM1,000 untuk dua hala, bawa gadis itu ke hospital dan balik rumah.
Walaupun kami dari Puchong, kami tak sampai hati nak tolak permintaan gadis ini. Kosnya tinggi untuk kami ke Titi dan membantu dia. Kami harap lebih ramai hati baik yang akan sokong usaha murni kami. Satu trip boleh koskan kami RM600.
Kami harap lebih ramai hati baik yang join program Malaysia Hero kami dengan menyumbang RM10 sebulan. Kami akan bantu semua yang tak mampu bayar. Pemimpin politik Negeri Sembilan mesti tampil dengan hati terbuka untuk bantu rakyat dan dapatkan sekurang-kurangnya 3 ambulans percuma untuk seluruh negeri.
Untuk yang berminat membantu beli ambulans, sila hubungi kami di 0182683999.