Berita

Membantu Kami Semalam

CAKAP PASAL TUHAN. TUHAN MEMBANTU KAMI SEMALAM DI INTAN BAIDURI SELAYANG KETIKA HUJAN LEBAT.

Saya amat terkejut kerana Tuhan mengindahkan sedekah kita.

Saya menerima mesej dari wanita India ini yang mengatakan mereka perlu makanan. Saya telah bergegas ke Selayang Taman Intan Baiduri,

Anak beliau 5 tahun sakit kanser. Kalau sakit kanser dan tak ada makanan, maka susah untuk tubuh sembuh. Saya pikir pikir saya terus pergi ke Intan Baiduri.

Masa saya tiba hujan amat lebat. Saya tak dapat turun dari ambulan. Mereka nak keluar dan sambut saya. Kena hujan nanti pula. Saya guna mike dalam ambulan beri arahan mereka kekal di bawah flat dan jangan keluar untuk sambut kami.

Saya cuba cari ruang untuk mencari titik paling hampir kepada mereka agar mudahkan saya turunkan makanan dengan kebasahan yang paling minima.

Semasa saya mencari ruang, tiba tiba saya terlihat ada satu ruang parkir yang kosong. Saya mengemudikan ambulan saya ketempat kosong tersebut. Tiba tiba saya nampak ada ruang kosong yang mempunyai teduh. Yang saya boleh masukkan Van ambulan ke dalam nya.

Memang menakjubkan. Ia memberi makna besar kepada kami semua. Tak perlu basah dan boleh keluarkan makanan dengan mudah. Ya Tuhan, sesungguh nya Kau telah mempermudahkan segala nya. Kerana apa?

Kerana kami ikhlas memberi. Dan Tuhan sediakan parking yang tiada perlu kena hujan. Saya meninggalkan ibu dan anak sakit kanser dengan senyuma dan keyakinan bahawa Tuhan ada bersama kita sentiasa.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button