Berita

Oksigen Untuk Pesakit: Faham Dulu, Jangan Tuduh Kami Nak Untung

Salam, selamat pagi semua. Aku dah penat jadi kepoh. Serius, kalau ada sedara korang yang sakit, aku biar je la dorang susah atau lagi teruk, kalau dorang mati sekalipun. Dari aku kena tembak sebab sibuk-sibuk.

Aku selalu cuba tak nak rekomen pembekal oksigen atau rumah orang tua pada yang memerlukan. Sebabnya:

1) Nanti orang ingat aku dapat komisen.

2) Kalau servis tu tak bagus, aku jugak yang kena maki.

3) Harga oksigen concentrator dengan oksigen tank lain gila. Contoh, oksigen concentrator sewa dalam ratus-ratus je, tapi kalau oksigen tank RM2400 dari DOME (012-2347222). Ini syarikat Cina yang buat supply kat Klang Valley. Kenapa pilih dorang? Sebab dorang cepat dan sanggup hantar sampai Negeri Sembilan. Supplier lain tak secepat tu dan tak nak hantar jauh.

Ramai sedara pesakit tak faham dan tuduh kita nak buat untung. Memang stress nak explain. Aku nak beritahu, WEH, KITA TAK AMBIL SATU SEN PUN. Kita cuma kepoh nak pastikan bila pesakit sampai rumah, oksigen dah ready. Bila kita tarik oksigen dari ambulance, pesakit boleh meninggal bila-bila je.

Jadi, aku ambil keputusan tak nak rekomen. Biar dorang sendiri yang decide.

Kita pun pernah bayar oksigen untuk orang miskin. Harga RM2400 dengan deposit RM1200, tetap tak kira pakai sejam ke atau sepanjang hari. Harga ni dah tetap, ikut polisi syarikat.

Tuhan je tahu pengorbanan kita. Kita buat ni sebab ramai sedara pesakit tak ada duit nak sewa concentrator. Oxygen concentrator pun jarang boleh bagi full supply 15 liter. Kalau pakai high flow mask kat rumah, kena pakai oksigen dari tank, bukan concentrator. Yang cakap boleh tu memang gila, nak buat bisnes je. Kena standby 2 tank kat rumah sebab satu tank tahan dalam 7 jam je, bergantung pesakit tarik nafas macam mana. Selalunya pesakit mungkin meninggal dalam sehari dua. Jadi kena ada tank lebih untuk standby.

Tapi, aku tetap dengan keputusan tak nak rekomen supplier. Korang cari sendiri lah. Apa pandangan korang?

BAIK TAK TOLONG DARI TOLONG TAPI KITA YANG SUSAH.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan pembaca
Close
Back to top button