Selamat Tinggal, Mummy
Selamat tinggal, Mummy.
Ini kisah kami dengan Yap Yoke Moi.
Benda paling bermakna dalam hidup aku ialah bila Tuhan sambungkan titik-titik perjalanan hidup aku. Masa tu aku kat Hospital Kuala Lumpur, melawat pesakit kanser bila kes Yap Yoke Moi sampai kat aku.
Dia masih bekerja masa kanser datang serang dia. Bila kami sembang-sembang, aku nak tahu lebih lanjut tentang dia. Sampai sekarang aku masih ingat kata-kata dia. Penyesalan paling besar dia ialah lelaki yang dia pernah cinta dulu, langsung tak datang jenguk dia. Dia ada seorang anak lelaki, dan anak dia memang anak yang baik. Dia belajar kat UTAR atau TARUC, aku selalu konfius dua ni.
Baru je masuk kolej, umur 18 tahun, jadi dia mungkin tak boleh buat banyak.
Yap Yoke Moi perlukan pusat penjagaan, tapi dia dah tak ada duit. Kami ambil dia bawah jagaan kami, support tempat tinggal dan keperluan dia. Kadang-kadang, dia masih kena bawa ke hospital untuk uruskan kesakitan dan masalah pernafasan dia.
Apa yang dia risau sangat ialah anak dia. Sekarang dia dah di syurga, dan kami akan jaga anak dia seperti yang dijanjikan. Aku sendiri akan jadi ‘BG’ anak dia. Dan aku tahu, dia ada ramai pensyarah dan kawan-kawan baik yang akan tolong anak dia jugak.
Kerja aku dengan Yap Yoke Moi dah tamat. Dia minta tempat pengebumian, kami dah dapatkan untuk dia. Tapi kerja aku baru mula, untuk pastikan tak ada sesiapa yang buli anak dia. Itu aku boleh buat selagi aku hidup.
Terima kasih kepada semua yang dah membantu perjalanan hidup dia semasa dia masih ada.
Rehatlah dengan tenang, Yap Yoke Moi.