Berita

Perjalanan 10 Tahun Bersama Anak Istimewa

Perjalanan aku tidak mudah dengan Azizah. Dah menjangkau lebih dari 10 tahun. Setiap kali Azizah ada susah, telepon saya pasti berdering.

Perjalanan kami ini telah di tentukan Tuhan. Kerana beliau memerlukan satu pemegang. Dan aku serta kamu orang menjadi pemegang dia. Bayangkan fitnah dasyat Wan Chai yang kata saya seleweng duit.

Tahukan berapa duit dan masa kita telah korbankan menjaga Azizah? Ini lah pesan saya kepada mereka yang fitnah selalu. Kalau fitnah itu telah menjahanamkan hidup seorang OKU yang sepatut dapat bantuan bukan sahaja dari bantuan kewangan, kebendeaan, motivasi dan lain lain aspek, siapa yang berdosa.

Sesungguhnya kita semua adalah pemegang kepada dia. Kerana dia mempunyai kecacatan pisikal, pertuturan kerana kecacatan di bahagian peti suara, kecacatan di telinga, adakah kerana fitnah kita, kita nafikan keperluan anak teristimewa ini.

Saya imbas kembali dimana abang abang Azizah pergi jual tahu dengan seorang penjaja pasar di Taman Wawasan. Mereka rajin cari kerja kerana mak terpaksa lari lari menjaga Azizah yang istimewa ini. Beliau tak ada sempurna sifat untuk jalan dan ceduk air. Tak ada sifat mencukupi untuk cuci buntut. Sepanjang masa beliau perlu di jaga sepenuh nya, melainkan waktu tidur. Semasa waktu kecil dia sukar tidur dan selalu terencat bangun sehingga mak beliau mempunyai stress emosi yang tinggi.

Jadi sahabat semua, wahai kalian yang belum berdosa sengaja, jangan lah fitnah. Pertempuran kita baru bermula. Beliau baru masuk 14 tahun dan badan dah bertambah berat ke 50kg keatas. Nak dukung memang kena lelaki kuat. Mak dan tak mampu bawa beliau ke tandas. Kena guna troli.

Aku, aku seorang Cina apek biasa. Meneruskan perjalanan membantu beliau. Ia satu hubungan yang telah di tetapkan oleh Tuhan. Aku tak boleh lari dari itu. Aku akan berdosa kalau aku tak pandai untuk jaga dia. Aku gunakan sosial media. Ramai tak mampu ikuti perjalanan dia. Aku tetap mengekori nya. Kerana Allah telah sampaikan dia kepada saya.

Semoga aku di beri kemampuan untuk menulis dan memohon agar panjang umur untuk jaga dia.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button