Teknologi

Kamera 48MP Baru, Cip A18 Pro: Apa Yang Best Tentang iPhone 16 Pro?

Apple baru je keluar dengan iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max yang bagi upgrade besar, tapi harga dia turun sikit berbanding model sebelum ni. Yang bestnya, lepas bukak Apple Store kat TRX, rakyat Malaysia sekarang boleh dapat iPhone terbaru ni serentak dengan Singapura.

Apa yang baru dengan iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max?

Dari luar, nampak macam biasa je dengan design tepi rata, bingkai titanium, belakang kaca matte, dan tiga kamera besar kat belakang. Tapi kali ni, skrin dia lagi besar, 6.3 inci untuk iPhone 16 Pro dan 6.9 inci untuk iPhone 16 Pro Max.

Dia masih guna Super Retina XDR OLED dengan refresh rate 120Hz, Dynamic Island kat atas pun sama. Walaupun skrin besar sikit, body dia pun naik sikit dari segi tinggi dan lebar, tapi tebal sama je 8.25mm.

Dalam dia, ada cip A18 Pro baru, yang power gila dengan 6-core CPU dan 6-core GPU. AI pun makin canggih, sebab Apple focus betul pada teknologi tu kali ni.

Bahagian kamera pun ada upgrade menarik. Kamera utama masih 48MP, tapi ultra-wide upgrade dari 12MP ke 48MP. Zoom optikal pun naik jadi 5x untuk dua-dua model, tak macam dulu iPhone Pro kecil dapat 3x je. Ada butang baru “Camera Control” yang boleh lock fokus atau tukar mode kamera.

Untuk video pulak, sekarang boleh rakam slow-mo 4K pada 120fps, dan lepas rakam, kau boleh adjust kelajuan playback. Dia jugak support Spatial Audio dan stereo recording dengan 4 mic yang ada noise reduction.

Harga iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kat Malaysia

Pre-order start Jumaat ni, 13 September, dan available kat Malaysia 20 September ni. Kau boleh pilih pickup option kat Apple Store TRX kalau malas nak beratur.

Harga untuk iPhone 16 Pro:

  • 128GB: RM4,999
  • 256GB: RM5,499
  • 512GB: RM6,499
  • 1TB: RM7,499

Harga untuk iPhone 16 Pro Max:

  • 256GB: RM5,999
  • 512GB: RM6,999
  • 1TB: RM7,999

Model kali ni ada 4 warna – titanium hitam, titanium natural, titanium putih, dan titanium desert.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button