Berita

AED Pertama Di Letak Dalam Kedai Mamak 24 Jam

AED PERTAMA DI LETAK DALAM KEDAI MAMAK 24 JAM.

Ini adalah AED pertama di letakkan dalam kedai Mamak 24 jam di Kawasan Puchong. AED ini di perlukan dalam situasi pegun jantung dan apabila jantung tiba tiba terhenti akibat dari pemotoran elektrikal yang gagal berfungsi untuk jantung kita.

Jantung akan terhenti dan kematian otak akan berlaku selepas 4 minit otak tidak menerima bekalan darah. Kematian keseluruhan otak akan mati dalam 10 minit.

Jadi lah rakyat Malaysia yang tahu cara buat CPR yang betul dan berkualiti dan belajarlah mengunakan AED.

Kami letak di kedai mamak 24 jam supaya senang di gunakan oleh khalayak ramai ketika dalam keadaan kecemasan.

Sesiapa yang ingin belajar CPR dan pengunaan AED boleh lah contact saya di 018 2683999.

WALAUPUN SAYA CALON PARLIMEN KECUNDANG DALAM PRU, SAYA TETAP MENCARI KEBAIKAN KEPADA ORANG RAMAI. Hidup orang Puchong.

Saya juga menyarankan supaya peniaga perlu mendapatkan AED untuk di bubuh dalam premis mereka sekiranya mereka ada kasih sayang kepada customers mereka.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button