Berita

Sesungguhnya Tuhan Membuka Mata dan Hati Saya

SESUNGGUH NYA TUHAN MEMBUKA MATA DAN HATI SAYA.

Pagi pagi saya terima panggilan dari satu suara wanita Melayu yang menangis dalam telepon. Memohon menguruskan jenazah emak dari Hospital Shah Alam ke Kuala Krai, Kelantan.

Saya sampai di Hospital Shah Alam mortuari dan terus beliau tanya mana nak mandikan dan kapankan serta di solatkan.

SAYA SEORANG RAKYAT MALAYSIA KAUM CINA YANG AMAT BERTUAH. Kerana saya di beri peluang untuk menguruskan jenazah mak beliau. Saya contact IBU di Masjid Ara Damansara dan makum ada jenazah akan tiba dan di bantu untuk di mandikan dan dikapankan serta di solatkan sebelum ke Kuala Krai.

Saya doakan ibu panjang umur. Kerana banyak berkhidmat untuk mereka yang pulang sebelum kita. Para jemaah masjid Ara Damansara turut membantu dan menyertai solat jenazah.

Saya bagi duit minum dan duit minyak kepada pemandu Team Uncle Kentang untuk ke Kelantan. Keluarga arwah tidak di kenakan bayaran. Kita mendapat sumbangan orang ramai untuk bantu.

Bila pemandu hantar gambar rumah arwah di Kuala Krai saya baru tahu mengapa arwah call saya.

SESUNGGUH NYA TUHAN TELAH ATURKAN SEGALA NYA.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button