Cara Kami Bantu Yang Sakit dan Susah
Semalam kita belajar banyak benda bila hidup dalam komuniti. Ada seorang makcik tua jatuh dan cedera, anak dia terpaksa berhenti kerja untuk jaga dia. Diorang hidup dengan bantuan JKM yang cuma RM500 sebulan je. Nasib baik ada Alice Pang, jiran diorang yang dulu bekas matron hospital, yang bagitahu kita pasal keadaan diorang.
Kita datang melawat dengan bawa makanan dalam tin macam luncheon meat, sayur, dan ayam. Masa kita sampai, jiran-jiran pun datang tanya apa yang jadi sebab nampak ambulans kita depan rumah. Makcik tu tak nak tidur atas katil, lebih suka tidur kat ruang tamu atas lantai sebab katanya lantai sejuk dan lebih selesa sebab pintu selalu terbuka, angin masuk. Kita tak ganggu la, biar dia selesa cara dia.
Lepas tu kita tanya siapa masak untuk dia, anak dia cakap dia yang masak. Bila tanya macam mana dia pandai masak, dia jawab mak dia ajar dari kecil lagi.
Pengajaran yang kita dapat:
- Ajar anak-anak kita masak dari kecil, tak kira lelaki ke perempuan. Penting untuk diorang tahu masak supaya boleh survive.
- Hidup baik-baik dengan jiran, jangan simpan dendam. Satu hari nanti mungkin jiran-jiran yang akan bantu kita. Hidup dalam komuniti, jangan sombong. Bila kita senang, jiran pun senang.
- Untuk yang buat amal, jangan setakat bagi makanan je, cuba fahamkan situasi diorang. Macam semalam, bil elektrik pun tertunggak, boleh kena potong kalau tak bayar. Jadi, selain bagi makanan, tolonglah bayar bil-bil jugak. Kalau ada ambulans, tolonglah hantar orang sakit ke hospital. Kalau nak tahu macam mana nak buat ambulans, kita boleh kongsi pengalaman.
Semalam kita bagi bantuan makanan, pampers, dan bayarkan bil elektrik yang tertunggak. Terima kasih banyak pada yang sudi donate untuk bantu bayar bil tu.