Berita

Soalan Tanpa Jawapan

SOALAN TANPA JAWAPAN……

Dia meminta ambulans untuk membawa pulang isterinya tercinta ke Klang. Isterinya berada di wad 6B, Institut Kanser Negara. Ini akan menjadi Deepavali terakhirnya.

Saya beritahu dia bahawa kami akan menanggung kos ambulans kerana ada seseorang yang telah menyumbang. Dia terkejut dan saya arahkan pasukan ambulans kami untuk uruskan.

Saya berada di kafe IKN, apabila staf saya memberitahu mereka telah menaikkan isterinya ke dalam ambulans. Lelaki India bernama Ravi ini berkeras mahu bertemu dengan saya. Jadi mereka datang ke kafe dari jabatan kecemasan untuk bertemu saya.

Melihat saya, Encik Ravi mengalirkan air mata. Dia bertanya kenapa Tuhan mahu mengambil isterinya? Dia baru berusia 48 tahun. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu. Sebuah pelukan hangat. Air matanya mengalir tanpa henti.

Tetapi saya tahu. Pada saat ini saya perlu memeluknya dan cuma memintanya untuk berdoa untuk isterinya.

Perjalanan saya di IKN adalah perjalanan refleksi diri. Hidup boleh berlalu dalam hitungan minggu, bulan atau tahun. Buatlah kebaikan kepada semua orang dan lakukan kebaikan setiap kali Tuhan menghadirkan peluang itu.

Saya cuba tenangkan dia dan saya tahu dia sedar bahawa tiada jawapan untuk persoalannya. Tetapi dia perlu meluahkan isi hatinya.

Ingatlah, jadilah pendengar yang baik untuk rakan-rakan yang memerlukan anda. Hargai setiap detik yang anda ada bersama orang yang tersayang. Anda tidak tahu bila masa akan berakhir. Sayangi mereka dan jagalah mereka seolah-olah hari ini adalah hari terakhir mereka.

DEEPAVALI YANG SEDIH BAGINYA. SEMOGA TUHAN PERMUDAHKAN JALAN UNTUK ISTERINYA.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button