Berita

Kecil Jumlahnya, Besar Maknanya

Bantuan Diperlukan:

  1. Bapa strok di Melaka. Mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah. Memerlukan bantuan sebanyak RM350 untuk membayar tunggakan tambang bas sekolah. Lelaki Cina ini hampir tidak mampu berjalan selepas diserang strok. Tiada pendapatan. Namun, anak-anak tidak boleh berhenti sekolah hanya kerana ayah mereka jatuh sakit. Mohon hulurkan bantuan.
  2. Dua pelajar perempuan India di Puchong Perdana. Ibu tunggal memohon bantuan RM250 untuk bayaran tambang bas sekolah anak-anaknya. Ayah mereka telah meninggalkan keluarga. Ibu ini amat berharap agar anak-anaknya dapat teruskan pelajaran.
  3. Sebuah keluarga Melayu seramai 5 orang di Melaka. Si ayah baru sahaja kehilangan pekerjaan. Isteri sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan. Mereka memerlukan RM300 untuk kelangsungan hidup sementara si ayah mencari pekerjaan baharu.
  4. Seorang pelajar Cina di UTAR memerlukan RM150 sebulan untuk makan. Ayahnya tidak berpendapatan tinggi. Mohon bantuan agar dia dapat teruskan pengajian tanpa kelaparan.

Jika sudi menghulur bantuan atau ingin maklumat lanjut, sila hubungi saya di 018-2683999.

Lagi paparan

Artikel berkaitan

Back to top button