Pelantikan Bersejarah: Terima Kasih Penyokong, Ini Kemenangan Kita Bersama
JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI AHLI LEMBAGA PELAWAT INSTITUT KANSER NEGARA.
Terima kasih atas semua sokongan. Saya telah menerima mesej bahawa saya akan dijemput menjadi Ahli Lembaga Pelawat Institut Kanser Negara. Ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan terhadap perjalanan kita bersama pesakit kanser.
Perjalanan yang panjang dan penuh makna ini tidak akan berlaku tanpa sokongan anda semua. Arwah ayah dan arwah ibu saya pasti sedang memerhati dari syurga. Saya sendiri tidak pernah menyangka, anak kepada seorang penoreh getah boleh dilantik sebagai ahli Lembaga Pelawat untuk sebuah hospital peringkat kebangsaan.
Ini juga berita baik untuk pesakit kanser kerana mereka mungkin akan dapat berjumpa saya lebih kerap selepas majlis pelantikan yang dijadualkan berlangsung pada 23 April 2025 di IKN.
Saya berikrar dan berjanji untuk memberikan yang terbaik sebagai ahli Lembaga Pelawat. Kepercayaan dan penghormatan yang diberikan ini tidak akan saya sia-siakan.
KAMI AKAN TERUS BERJALAN BERSAMA ANDA, PARA PESAKIT KANSER.
Ini adalah satu penghormatan bersama untuk semua yang menyokong kami, walaupun ada segelintir yang cuba menjatuhkan atas sebab kepentingan peribadi, rasa iri hati atau maklumat yang salah.
Terima kasih semua, penghormatan ini milik kita bersama. TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA, PENYOKONG KEBAIKAN.
Harap-harap mesej yang saya terima ini benar.




