RM400 Untuk Ringankan Derita – Bantu Perjalanan Akhir Pesakit Kanser

PESAKIT KANSER BERUSIA 61 TAHUN DARI SUNGAI BESAR, SELANGOR DEKAT SEKINCHAN MOHON BANTUAN
Mohon bantuan. Sebanyak RM400 diperlukan bagi kos perkhidmatan ambulans untuk seorang wanita Cina berumur 61 tahun yang menghidap kanser tahap 4 dari Taman Berkat, Sungai Besar ke Hospital Sungai Buloh.
Kami memohon sumbangan untuk menampung kos minyak dari Puchong ke Sg Besar dan Sg Besar ke Hospital Sg Buloh. Ambulans lain mengenakan caj sebanyak RM1,200 untuk membawa pesakit ini ke Hospital Sg Buloh.
Keluarga ini tiada pilihan lain selain menghubungi ambulans kami untuk bantuan. Kami merayu kepada orang ramai untuk membantu wanita ini. Beliau kini mengalami luka tekanan (bed sore) dan perlu ke Hospital Sg Buloh untuk menguruskan kesakitan teruk akibat kanser.
Segala rekod perubatan beliau berada di Hospital Sungai Buloh.
Kami mohon orang ramai dapat mengurangkan beban keluarga ini.
Hubungi kami di 018 268 3999. Bantuan anda amat dihargai.